Tuesday, 15 September 2015

Basic : Cili Kisar

Bahan - Bahan :-
2 Gengam    Cili Kering
5 Biji            Bawang Besar
10 Ulas         Bawang Putih
Air
Cara membuat :-
1. Kisarkan semua bahan sehingga  hancur.

** Selalunya selepas saya kisar saya akan masak sampai separuh garing supaya cili ini tahan lama untuk di simpan. Tumis bersama gula sedikit.

Ayam Goreng Berempah

Bahan - Bahan :-
5 Ketul    Ayam
2 Biji       Bawang Besar
4 Ulas       Bawang Putih
3 Cm         Halia
2 cm         Lengkuas
1/2 sk      Jintan Manis
1/2 sk      Jintan Kasar
Garam

Cara Membuat :-
1. Kisarkan semua bahan kecuali ayam.
2. Perapkan ayam bersama bahan kisar selama 3 jam..lagi lama lagi sedap
3. Goreng

Siakap Tiga Rasa

Bahan - Bahan :-
1 ekor      Siakap
1 biji        Bawang Besar (dadu)
4 ulas      Bawang Putih  (hiris)
3 cm          Halia (Hiris)
1 Tangkai Bunga Kantan
2 Tangkai Serai
1 Biji        Cili merah(hiris)
1 Biji        Cili Hijau (hiris )
1 Biji        Cili Oren (Hiris)
4 Biji        Cili Padi (ketuk @ hiris)
4 Cm         Lobak Merah (Julian)
1 Biji        Epal Hijau (Dadu)
1/6 Biji    Nenas
5 Helai      Daun Limau Purut
3 SB          Cili Kisar (Cili, Bwg Besar , Bwg Putih)
2 sb          Sos Tomato
2 sb          Sos Cili
2 sb          Kicap Manis
2 sb          Jus lemon
Gula
Garam
Cara Membuat Sos :-
1. Tumiskan bawang besar , putih, halia, bunga kantan, serai, cili merah, hijau, oren, padi sehinga naik bau (jgn sampai layu ya)
2. Masukan cili kisar tumis sampai garing dan masukan sos cili tomato kicap jus lemom dan masuk sedikit air jika nak kuah cair sedikit.
3. Masukan Daun limau purut , epal hijau , lobak merah , nenas dan gaul kan.
4. Masukan gula garam secukup rasa. Siap
Cara Mengoreng Ikan :-
1. Ikan siakap belah tengah jika nak.
2. Salut kat tepung beras @ jagung di seliruh ikan luar dalam
3. Goreng di minyak yg panas.
Dah siap goreng ikan tuangkan sos di ikan apabila nak makan supaya ikan yg di goreng tadi rs masih lg kekal rasa garing.
Note :
1. epal hijau, nenas kalau tak nak letak pon tak apa.nak letak salah 1 pon boleh . Tapi kalau letak lagi sedap supaya rasa masam buah ada..
2. Jika tiada jus lemon awk boleh letak oren sunquik atau jus limau nipis

Monday, 14 September 2015

Mee Goreng Basah Ayam

Bahan - bahan :-

(A)
2 Gengam Cili Kering
3 Biji         Bawang Besar
6 Ulas        Bawang Puteh
Air Sedikit

Blanderkan semua bahan di atas.

(B)
1 Senduk    Bahan yg tlah d    
                    Blander
1 Bungkus   Mee Kuning
Isi Ayam (goreng sparuh masak)
Fish cake
Fish Ball
Taugeh
Kucai @ Kobis @ Sawi
Kicap masin
Kicap Manis
Sos Cili
Sos Tomato
Air

Cara membuat :-
1. Tumiskan bahan yg d blander sampai garing masukan kicap manis, kicap masin, sos tomato, sos cili ikot secukup rasa.

2. Masukan mee, jika mee tu agak keras tambahkan sikit air masak sehingga mee tu agak lembut. Nak lagi basah boleh tambah air sedikit lagi tapi kena tambah bahan perasa spt kicap dan sos supaya cukup rasa.

3. Masuk kan isi ayam yang separuh masak tadi tu dan sayur.gaulkan

4. Akhir sekali masukan togeh. Nak sedap biar togeh tu keras skit jgn msk sehingga layu.

Chicken Chop

Bahan - Bahan  Ayam Goreng :-

(A)
2 Biji       Bawang Besar
4 Ulas     Bawang Putih
Sedikit    Halia
4/2 SK   Jintan Manis
4/2 SK   Jintan Kasar
4/2 SK   Lada Hitam
Agak2    Garam
Agek2    Air
Isi Ayam ( Dada)

(B)
Tepung Beras @ Tepung Gandum
Telur
Bread Crumbs
Minyak

Cara Membuat :-
1. Blanderkan semua bahan (A) kecuali Isi Ayam dan perapkan ayam dalam masa 3 jam @ paling sedap semalaman.

2. Panaskan minyak, Celupkan ayam yang diperap tadi ke dalam telur kemudian celup kt tepung kasi rata ya balik semula ke dalam telur dan last celup kat bread crumbs juga ratakan dia. Terus goreng sehingga masak kekuningan.
** Jangan celup kan ayam dgn tepung & bread crumb jika belom masa nak goreng kerana nanti tak cantik ayam tu bila nak goreng.





Bahan - Bahan Kuah :-

3 SB     Serbuk Brown Sauce ( Rujukkan Di Bawah)
1 Cup   Air
1 Kiub  Kiub Ayam
1 Biji     Bawang Besar ( Cincang Halus)
4 Biji     Cendawan Butang (Hiris)
2 SB     Whipping Creme @ Susu Pekat
Air

Cara  Membuat :-
1. Gaulkan Serbuk brown sos dengan air sehingga sebati (tiada ketulan) letak tepi.
2. Tumis bawang dan masukan  Brown sos yang di bancuh tadi dan letak kan air (mengikut kesukaan nak cair atau pekat). Masukan kiub ayam sebagai perasa tambahan atau air rebusan ayam jika ada. Masukkan Cendawan. Akhir sekali masukan Whipping Creme untuk menambah kemanisan dan pekatnya lagi kuah ini. Tungu sehinga mendidih sedikit dan tututp api.


Note :-
Serbuk Brown Sauce selalunya saya pakai Maggi brand. Saya suka pakai Demi - Glace kerana ia sesuai untuk ayam dan daging (steak). Jika Gravy Mix ia sesuai untuk Chicken sahaja kerana rasanya tak terlalu pekat dan warnanya light berbanding Demi berwarna hitam.

Jika nak buat chicken chop sesuai tambah cendawan butang dan steak tambah lada hitam bland atau tumbuk.


Awak jugak boleh tambah menu sampingan seperti :-
Kentang Goreng
Mash Potato
Coslow
Carrot & Potato Roast










Sunday, 13 September 2015

Oreo Brownies


Bahan-bahan :

90g           butter / marjerin (sy guna marjerin Daisy)
250g         milk chocolate
85g           gula kastor
2 biji          telur
50g            tepung gandum
10-12 kpg biskut Oreo (bahagikan kepada 2, separuh untuk dihancurkan letak dlm adunan brownies & separuh lagi untuk hiasan brownies)
Sedikit esen vanilla
Sedikit baking powder




Cara-cara :

Panaskan oven 170c .

Cairkan coklat dan marjerin dengan menggunakan kaedah double-boiler. Tutup api bila sudah cair.


Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga sebati. Seterusnya, masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau dengan menggunakan whisk.


Masukkan tepung, baking powder dan biskut oreo yang dihancurkan, kacau sehingga sebati.


Masukkan adunan ke dalam loyang(Jiha guna loyang saiz 8×8) yang telah digriskan dengan mentega atau baking paper. Hiaskan dengan biskut Oreo.


Bakar di dalam oven selama 25-30minit atau sehingga masak.

Sedia untuk dihidangkan.

Ayam Butter Milk



Ayam:-

2 Biji Telur
2 SK Blackpapper
1 SK Garam
Tepung Gandum
Isi Ayam (Potong Kecil-Kecil)


Kuah :-

3 SB Butter / Marjerin
3 Ulas Bawang Putih (Hiris)
1 Biji Bawang Besar (Hiris)
2 Tangkai Cili Padi Hijau (Hiris)
1 Tin Susu Cair
Gula
Garam



Cara- Cara :-

1.Celup isi ayam di dalam telur, kemudian celup didalam tepung (tepung gandum + blackpepper + garam ) dan goreng hingga kekuningan.

2. Masuk kan butter dia kuali lain, tumis bawang2, cili dan daun kari.

3. Kemudian masuk kan susu cair .

4. Masuk kan ayam yang telah digoreng.